BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN

Soalan Lazim

  1. Bilakah tarikh kuatkuasa untuk tuntutan Khairat Kematian yang baru?
    Berkuatkuasa 1hb Oktober 2023

  2. Adakah kelayakan dan kriteria Khairat Kematian terdahulu masih sah untuk tuntutan?
    Tidak. Semua kelayakan, kriteria dan Memo Khairat Kematian yang terdahulu akan terbatal dan tidak sah.

  3. Apakah kriteria yang digunakan untuk Khairat Kematian baru?
    Sila rujuk MEMO

  4. Bagaimanakah cara untuk saya failkan tuntutan Khairat Kematian?
    Sila rujuk MEMO

  5. Apakah dokumen yang perlu saya hantar untuk tuntutan?
    Anda boleh rujuk senarai dokumen yang perlu dihantar dan dapatkan borang tuntutan Khairat Kematian di bawah.

  6. Berapakah jumlah kelayakan untuk Khairat Kematian?
    Sila rujuk MEMO

  7. Berapakah tempoh matang ‘cooling period’ untuk layak tuntutan Khairat Kematian?
    Ahli perlu mematuhi tempoh matang selama tiga (3) bulan dengan tambah nilai bulanan minimum RM30.00 untuk setiap bulan. Bermakna, ahli perlu tambah nilai minima RM30.00 dan kekal status aktif untuk tempoh minima tiga (3) bulan.

Contoh:
Ahli A: Daftar pada bulan Julai 2023 dan membuat tuntutan khairat kematian pada Oktober 2023. Ahli A tambah nilai minima RM30.00 untuk bulan Julai, Ogos dan September dan berstatus aktif. Ahli A layak untuk tuntutan Khairat Kematian berjumlah RM300.00

Ahli B: Daftar pada Julai 2023 dan membuat tuntutan Khairat Kematian pada Oktober 2023. Ahli B tidak membuat tambah nilai RM30 untuk bulan Ogos. Ahli B tidak layak untuk tuntutan Khairat Kematian.

Ahli C: Daftar pada Oktober 2023 dan membuat tuntutan Khairat Kematian pada bulan November 2023. Ahli C tidak layak untuk tuntutan Khairat Kematian oleh sebab tidak memenuhi tempoh matang (cooling period) untuk 3 bulan.

  1. Sekiranya tuntutan Takaful Hayat atau Takaful Kemalangan Diri ahli tidak berjaya, bilakah permohonan tuntutan Khairat Kematian perlu dibuat?
    Ahli boleh membuat tuntutan Khairat Kematian dalam masa 90 hari kelayakan dengan mengemukakan dokumen yang berkaitan.

Proses Tuntutan

Untuk membuat tuntutan, dokumen- dokumen berikut perlu diserahkan:

  • Salinan sijil kematian (Dengan pengesahan)
  • Salinan IC atau Paspot yang meninggal dunia  (Dengan pengesahan)
  • Salinan IC atau Paspot pewaris (Dengan pengesahan)
  • Salinan laporan polis (Jika ada)
  • Bukti Maklumat Akaun Bank Pewaris

 


 

Sila isi borang penukaran Pemilik. Sila hantar semula kepada pihak TONE untuk proses penukaran pemilik dan lampirkan bersama dokumen ID (IC/Paspot) untuk pemilik akaun yang baru.

 


Array
(
    [fixed_address] => 
    [regions] => 
)