Profil Syarikat

Bertanggungjawab, dipercayai, konsisten dan mampu milik. Keempat-empat nilai asas ini masih lagi menjadi tunjang yang kami di TONE WOW banggakan dan perjuangkan selama ini.

TONE WOW, sebuah entiti baru yang diwujudkan untuk menjalankan kolaborasi bersama Digi Telecommunications, untuk membekalkan Perkhidmatan Mudah Alih kepada Tone Excel International Sdn. Bhd. dan Tone Plus Sdn. Bhd. Diasaskan pada Oktober 2018, ia menjadi kesinambungan legasi TONE GROUP dan misinya untuk membantu rakyat Malaysia untuk menjana Pendapatan Pasif tambahan yang akhirnya akan membawa kepada suatu kehidupan yang lebih selesa, bebas dari hutang dan kekangan yang disebabkan oleh masalah kewangan.

Dari permulaan kami pada tahun 2009. kami tidak pernah wujud hanya sebagai pembekal perkhidmatan Mudah Alih Prabayar (Mobile Prepaid) biasa. Matlamat kami adalah untuk menawarkan Perkhidmatan Prabayar yang kukuh dan sempurna, di samping mengekalkan ciri produk yang mudah dan harga yang berpatutan. Melalui kolaborasi dengan Digi ini dan pengalaman sedekad kami di dalam perniagaan ini, kami menawarkan Perkhidmatan Prabayar yang sememangnya lain daripada lain dan kami akan terus berada di sini sampai bila-bila.

TONE WOW - nyata Prepaid That Pays!

Misi

Misi kami adalah untuk menjadikan sebuah servis harian yang biasa - Mudah Alih Prabayar - dari hanya sebagai cara berkomunikasi kepada sebuah aset yang boleh menjana pendapatan untuk Pengguna dan Ahli kami.

Visi

Impian kami adalah, untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan semua rakyat Malaysia yang menggunakan Perkhidmatan Mudah Alih. Samada untuk menikmati Perkhidmatan Mudah Alih yang bernilai tinggi, ataupun untuk menjana dan menikmati Pendapatan Pasif yang berulang, yang akhirnya membawa kepada Kebebasan Kewangan.

Perlukan bantuan? Live Chat
Array
(
    [fixed_address] => 
    [regions] => 
)