NOTIS PENTING

   

Ahli TONE WOW, TONE EXCEL dan TONE PLUS



Pada 26 Oktober 2022, kami telah menerima makluman tentang insiden serangan siber.



Kami amat kecewa dengan apa yang telah berlaku, dan kami mengakui bahawa ini tidak sepatutnya berlaku. Jaminan kami kepada anda, kami akan melakukan yang terbaik untuk melindungi data ahli TONE dengan sebaiknya.

Setelah mengesahkan isu ini, dengan telus, kami ingin berkongsi dengan anda semua tindakan yang telah kami ambil dan juga tindakan selanjutnya:


Kami dengan kadar segera telah:
• menghentikan semua server dan memaklumkan pihak yang berkaitan.
• mendapatkan perkhidmatan Pakar Keselamatan Siber untuk menjalankan penilaian kelemahan serta
memperkukuhkan keselamatan sistem siber dan infrastruktur rangkaianTONE WOW untuk memastikan
penerusan perniagaan untuk Ahli TONE, secepat mungkin.
• memulakan proses untuk melindungi data Log Masuk Ahli TONE


Kami menasihati SEMUA Ahli TONE supaya lebih berhati-hati terhadap sebarang aktiviti scammer atau aktiviti yang mencurigakan serta berwaspada terhadap cubaan penipuan, perubahan kata laluan dan sebarang anomali lain yang boleh menandakan percubaan menggunakan data Ahli TONE untuk tujuan penipuan.


Kami akan menghubungi Ahli TONE yang disyaki menjadi mangsa pendedahan data, walaupun keahlian mereka telah tamat tempoh.


Kami juga berharap dengan pengumuman ini, mana-mana pihak yang berkaitan berada dalam keadaan berjaga-jaga supaya mereka dapat berwaspada terhadap percubaan penipuan  serta mengambil sebarang langkah berjaga-jaga.


Kami akan bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk memastikan laman web, sistem, prosedur dan proses kami sentiasa dikemas kini. Kami akan mengambil tindakan dan melakukan penilaian berkala untuk memastikan sistem yang lebih selamat.


Walaupun tindakan ini masih di dalam prosesnya, yakinlah bahawa kami amat komited untuk belajar dan melakukan yang lebih baik pada masa hadapan.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui WhatsApp di +6010-5129768, atau melalui e-mel (support@tonewow.net) atau membuat panggilan ke +6011-59000969.


Pihak TONE benar-benar bersyukur dan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua kakitangan kami, serta kakitangan badan kawal selia, jabatan, dan rakan kongsi perniagaan, yang telah membantu dan menasihati kami dalam pelbagai perkara berkaitan insiden malang ini.


Bagi bergerak maju ke hadapan, komitmen kami kepada anda, adalah kami akan berusaha untuk bukan sahaja melakukan yang lebih baik pada masa hadapan - tetapi berusaha untuk menjadi yang terbaik.



Yang Ikhlas,
Kakitangan dan Pengurusan TONE WOW

                
          
 
   
    
Array
(
    [fixed_address] => 
    [regions] => 
)