Program TONE Bersama
TONE dengan sukacitanya memperkenalkan program TONE Bersama, yang direka khas untuk para Pelanggan dan Ahli yang dihargai.
Mulai Ogos 2024, jika anda mempunyai temu janji perubatan di hospital atau klinik dan tiada pengangkutan, jangan risau.
Kami menawarkan perkhidmatan mengambil dan menghantar untuk memastikan anda sampai ke temu janji perubatan anda
dengan selamat dan tepat pada masanya.
KELAYAKAN UTAMA:
- Kad SIM TONE WOW perlu AKTIF
- Berumur 60 tahun & ke atas
- Temujanji di Hospital/Klinik Kerajaan
- Lokasi anda dalam 20KM dari TONE HQ, Sri Petaling
Nak tahu lebih lanjut? Sila rujuk kepada Terma & Syarat di bawah.
TERMA & SYARAT
Dengan membuat tempahan dan menerima perkhidmatan pengangkutan percuma daripada TONE WOW SDN BHD di bawah program TONE Bersama, ahli bersetuju dengan terma - terma dan syarat - syarat perkhidmatan berikut:
KELAYAKAN:
- Terbuka untuk semua ahli TONE yang berstatus aktif dan berumur 60 tahun ke atas mengikut tarikh lahir.
- Bagi ahli yang memerlukan pengangkutan khusus seperti warga emas atau individu kurang upaya, wajib ditemani oleh seorang waris bagi tujuan pergerakan, keselamatan dan keselesaan.
PERJALANAN:
- Perjalanan percuma pergi dan pulang kepada ahli. Perjalanan ini termasuk pergi ke destinasi yang ditetapkan untuk pemeriksaan kesihatan dan pulang kembali semula ke lokasi asal. Perjalanan haruslah beradius 20KM pergi dan pulang. (Sila rujuk IV)
HAD SERVIS:
- Perkhidmatan pengangkutan percuma adalah terhad untuk tujuan pemeriksaan kesihatan sahaja dan tidak boleh digunakan sebagai perkhidmatan ambulans. Kenderaan syarikat kami tidak dilengkapi dengan keperluan khas perubatan seperti ramp, katil dan sebagainya.
- Pemeriksaan kesihatan haruslah dilakukan di pusat kesihatan, klinik atau hospital kerajaan sahaja.
- Perkhidmatan ini tidak termasuk pemeriksaan prenatal atau rawatan perubatan yang memerlukan pengawasan terus seperti pemeriksaan kesihatan mental dan pemeriksaan ortopedik utama.
- Peralatan kelengkapan khusus seperti kerusi roda tidak akan disediakan oleh pihak kami. Pemandu kami juga tidak akan membantu atau menyediakan perkhidmatan tambahan. Contohnya, beratur, membeli makanan, dan lain-lain.
LOKASI:
- Jarak perjalanan dari tempat pengambilan hendaklah tidak melebihi radius 20km dari HQ, TONE WOW. Bandar - bandar yang tersenarai adalah seperti di bawah:
- Kuala Lumpur
- Batu Caves
- Hulu Kelang
- Ampang Jaya
- Petaling Jaya
- Subang
- Seri Kembangan
- Kajang
- Putrajaya
- Cyberjaya
PENDAFTARAN AWAL:
- Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga (3) hari bekerja sebelum perjalanan.
- Tempahan boleh dilakukan melalui pegawai perkhidmatan pelanggan kami di:
- Melalui panggilan telefon:
- 01159000969 (8.00 pagi – 10.00 malam)
- 01159009969 (8.00 pagi – 10.00 malam)
- Melalui Whatsapp:
- 0105129768 (8.00 pagi – 10.00 malam)
- Sila sertakan maklumat di bawah semasa tempahan:
- Nama
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon
- Nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku kecemasan
- Alamat Email
- Lokasi asal dan destinasi yang diinginkan (contohnya, rumah ke pusat kesihatan)
- Tarikh dan masa yang dikehendaki untuk perjalanan
- Nama waris yang menemani (jika warga emas atau individu kurang upaya)
- Salinan jadual temu janji pemeriksaan kesihatan
HAD PENGGUNAAN:
- Hanya satu (1) temujanji yang akan diterima setiap hari dan yang pertama didahulukan. (First come first serve basis)
- Pengesahan temujanji akan dihantar melalui email atau Whatsapp dalam masa 24 jam selepas temujanji dilakukan.
- Sila pastikan anda membawa dokumen yang diperlukan untuk temujanji pemeriksaan kesihatan anda. Pihak pengurusan tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kelalaian atau kegagalan anda membawa dokumen berkenaan.
- Pihak Pengurusan berhak untuk membatalkan tempahan servis atas faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan dan notis akan diberikan serta merta.
- Pihak syarikat juga berhak untuk membatalkan tempahan servis sekiranya:
- Kelewatan yang ketara semasa waktu pengambilan. Kami akan menunggu maksimum 30 minit dari waktu yang ditetapkan.
- Perubahan lokasi penghantaran dan pengambilan daripada tempahan asal.
- Keadaan kereta syarikat.
- Tetapi tidak terhad kepada yang tersebut di atas
- Ketepatan masa perjalanan bergantung kepada faktor seperti cuaca, keadaan lalu lintas, dan faktor luaran lain.
TEMPOH PERKHIDMATAN:
- Perkhidmatan hanya tersedia pada hari Isnin - Khamis 8:00 pagi - 4:00 petang kecuali cuti umum.
KESELAMATAN:
- Ini adalah perkhidmatan percuma yang ditawarkan kepada pengguna TONE WOW yang berdaftar. Anda digalakkan untuk mendapatkan insurans sendiri kerana TONE WOW tidak akan bertanggungjawab dalam kejadian kemalangan semasa pengangkutan anda.
TERMA & SYARAT TAMBAHAN:
- Pihak pengurusan berhak untuk mengubah sebarang syarat dan terma yang dinyatakan tanpa notis terlebih dahulu. Perubahan yang dibuat akan berkuatkuasa serta-merta setelah dimaklumkan kepada pengguna atau diumumkan secara sesuai.
- Ini bukan perkhidmatan kongsi perjalanan atau feri untuk ahli TONE WOW. Penyalahgunaan atau penyalahgunaan perkhidmatan boleh mengakibatkan tindakan jangkaan atau undang-undang.
- Semua penggunaan perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada budi bicara pihak pengurusan.