Terma & Syarat Pendaftaran

Selamat Datang ke Ruangan Pendaftaran TONE. Dengan menggunakan ruangan ini, anda bersetuju untuk mematuhi dan mengikut syarat tersebut. Sila rujuk syarat berikut dengan teliti. Terma ‘’TONE’’ atau ‘’kita’’ atau ‘’kami’’ atau ‘’semua’’ merujuk kepada Tone Wow Sdn Bhd, Tone Excel International Sdn Bhd dan Tone Plus Sdn Bhd. Terma ‘’anda’’ atau ‘’Ahli’’ merujuk kepada pengguna atau orang yang melakukan pendaftaran. Berikut adalah terma dan syarat yang membawa anda kepada prosedur pendaftaran. Sila keluar jika anda tidak bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini.

Jika terdapat pencanggahan diantara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Melayu untuk terma dan syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

 

BAHAGIAN A :PENERIMAAN PANDUAN PENDAFTARAN PENGGUNA AKHIR PERKHIDMATAN TALIAN PRABAYAR (MCMC/G/01/17) (“Panduan Pendaftaran Prabayar”) UNTUK PENGEDAR.

  1. 1. Anda mestilah mengesahkan identiti pelanggan dengan menggunakan salah satu dokumen ID berikut dari pelanggan untuk tujuan pendaftaran:
    Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap Warganegara Asing
    Kad Pengenalan Asal (MyKad) Pasport Sah
    Permit Penduduk Tetap (MyPR) Kad Pengenalan Sementara yang Sah (MyKAS)
    Kad Angkatan Tentera Malaysia Sah (MyTentera)

  2. Anda tidak boleh meneruskan pendaftaran jika dokumen pengenalan pelanggan yang asal dan sah tidak disediakan dari pelanggan tersebut. Anda tidak boleh menerima sebagai wakil TONE untuk dokumen pengenalan fotokopi dari pihak ketiga tanpa disahkan dengan dokumen pengenalan ASLI.
  3. Anda perlu membuat pendaftaran dihadapan pelanggan (iaitu pelanggan tersebut perlu hadir secara fizikal semasa pendaftaran dibuat). Anda tidak boleh mendaftarkan pelanggan jika anda sedar bahawa pelanggan tersebut bukan orang yang sama seperti didalam dokumen pengenalan diri.
  4. Anda tidak boleh mendaftarkan sebarang pelanggan yang berumur bawah 12 tahun. Pendaftaran tersebut harus terus ditolak.
  5. Untuk pendaftaran melalui Pembaca MyKad atau Optical Characteristics Recognition (OCR), anda perlu memastikan bahawa semua maklumat yang relevan diisi didalam sistem TONE adalah betul dan tepat.Maklumat relevan tersebut termasuk:

    Maklumat Pelanggan Wajib Diambil Semasa Pendaftaran
    Warganegara Malaysia / Penduduk Tetap Warganegara Asing
    Nama Penuh (seperti dlm Kad Pengenalan) Nama Penuh (seperti dlm Pasport)
    Nombor Kad Pengenalan (seperti dlm Kad Pengenalan) Nombor Pasport
    Alamat Tetap (seperti dlm Kad Pengenalan) Negara Pasport Dikeluarkan
    -

    Alamat seperti yang tertera di ;

    • Pengenalan Pelajar Universiti/Institusi Pendidikan (Pelajar)
    • Borang Tempahan Hotel (Pelancong)
  • Anda tidak boleh menggunakan maklumat yang salah untuk mendaftar SIM kad baru
  • Anda perlu pastikan setiap SIM kad yang dijual telah didaftarkan dengan betul sebelum digunakan selaras dengan polisi dan keperluan TONE.
  • Anda tidak boleh mendaftar lebih dari 5 SIM untuk seorang pelanggan.

Nota Penting: TONE sentiasa berhak atas budi bicaranya dalam menangguhkan atau menggantung pelantikan anda dengan serta merta jika anda gagal untuk mematuhi peruntukan yang terkandung dalam Garis Panduan Pendaftaran Prabayar yang boleh dirujuk kepada link dibawah:

https://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Prepaid-Registration-Guidelines-MCMCG0117_1.pdf

 

BAHAGIAN B : DENDA

  1. TONE akan mengenakan denda keatas Ahli yang gagal dalam memastikan ketepatan dan kesahihan data kerana tindakan tersebut telah melanggar Garis Panduan Pendaftaran Prabayar MCMC.
  2. Jenis denda yang dikenakan kepada Ahli bergantung kepada kesalahan yang dibuat yang mana termasuk dan tidak terhad kepada penamatan dan penggantungan.
  3. Ahli yang telah melanggar adalah merangkumi tetapi tidak terhad seperti berikut:
  • Tidak mematuhi kaedah pendaftaran yang diperlukan seperti terkandung dalam Garis Panduan Pendaftaran Prabayar MCMC.
  • Gagal untuk menjalankan pengesahan yang betul dalam mendaftarkan pelanggan;
  • Menjual SIM kad yang diaktifkan terlebih dahulu kepada pelanggan;
  • Menggunakan maklumat pelanggan untuk mendaftarkan nombor baru tanpa pengetahuan pelanggan tersebut;
  • Menggunakan maklumat yang salah untuk mendaftarkan SIM kad baru; atau
  • Apa-apa perkara lain yang difikirkan sesuai oleh TONE, akan ditangani mengikut kesesuaiannya.
  1. Jika pihak TONE dikenakan penalti oleh MCMC disebabkan ahli yang mendaftar tidak mematuhi Garis Panduan Pendaftaran Prabayar MCMC (https://www.skmm.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Prepaid-Registration-Guidelines-MCMCG0117_1.pdf), ahli yang melakukan pendaftaran tersebut akan bertanggungjawab untuk membayar penalti.

BAHAGIAN C: MENANGANI ADUAN DAN PELANGGARAN

  1. Proses dalam menangani aduan seperti berikut:
    • TONE akan menangani aduan yang diterima diatas pelanggaran tertentu dari pihak-pihak berikut:-
    • suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia;
    • penyedia Perkhidmatan lain;
    • pelanggan; atau
    • mana-mana sumber lain.

  2. TONE perlu memberi maklum balas kepada pengadu dalam lima belas (15) hari dari hari aduan diterima, ke atas penyelesaian aduan tersebut.
  3. Ahli tersebut akan dikenakan Surat Tunjuk Sebab oleh pihak TONE jika mereka didapati telah melanggar Garis Panduan Pendaftaran Prabayar MCMC dan perlu untuk membuat surat bertulis dihantar kepada TONE dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh Surat Tunjuk Sebab dikeluarkan sebab pelanggaran tersebut dibuat.
  4. Jika surat bertulis tersebut tidak memuaskan dan Ahli tersebut didapati melanggar, TONE akan mengeluarkan surat amaran kepada Ahli.
  5. Ahli yang gagal untuk memberi maklum balas kepada Surat Tunjuk Sebab dalam tempoh masa yang ditetapkan akan diberi notis penggantungan dan akan digantung serta merta
  6. TONE akan melakukan siasatan lanjutan, dan jika Ahli didapati tidak melakukan pelanggaran, maka penggantungan tersebut ditarik semula.
  7. Dalam kes kesalahan berulang, TONE akan menghantar Notis Penggantungan serta merta kepada Ahli tersebut dan Ahli tersebut perlu digantung untuk tempoh masa minima tiga (3) bulan dan semua komisen dari TONE tidak akan dibayar kepada Ahli.
  8. Jika Ahli didapati telah melanggar mana-mana Garis Panduan Pendaftaran Prabayar MCMC, TONE akan menghentikan perkhidmatan Ahli tersebut, termasuk semua insentif dan komisen serta mengenakan denda kepada Ahli tertakluk kepada denda dan syarat yang dikenakan oleh pihak MCMC.

Ahli boleh membuat rayuan terhadap penggantungan dan denda dengan mengemukakan mana-mana dokumen dan/atau bukti yang relevan untuk membuktikan bahawa mereka telah melakukan semua yang diperlukan untuk memperbaiki pelanggaran dan memberi pengakuan bertulis bahawa pelanggaran yang sama tidak akan berulang semula. Setiap rayuan akan disemak dan ditentukan oleh pihak TONE berdasarkan kes demi kes.

Terma dan Syarat tambahan khusus untuk WOW akan dibuat di laman web kami  www.tonewow.net/tnc dan perkhidmatan Digi dinyatakan di  https://www.digi.com.my/support/tnc/general/all-general-terms-conditions. Ini termasuk pindaan kepada mereka, dengan ini dimasukkan sebagai bahagian asas untuk Terma dan Syarat ini semuanya secara kolektif merujuk sebagai “T&C.”

 

Perlukan bantuan? Live Chat
Array
(
    [fixed_address] => 
    [regions] => 
)