Terma & Syarat Auto Top Up

  1. Auto Top Up akan ditolak dari insentif bulanan dan akan dimasukkan sebagai tambah nilai ke nombor telefon. Contoh: Insentif April ditolak dan diproses sebagai top up untuk bulan Mei.

  2. Pengkreditan Auto Top Up akan berlaku secara mingguan mengikut kepada ketetapan auto top up anda. Minggu pertama (4hb), minggu kedua (11hb), minggu ketiga (18hb) dan minggu keempat (25hb).

  3. Sebarang penukaran tetapan Auto Top Up sebelum 4hb akan berkuatkuasa dan tambah nilai akan dimasukkan pada bulan yang sama. Jika anda melanggan Auto Top Up selepas tarikh 4hb, Auto Top Up akan berkuatkuasa bulan yang seterusnya.

  4. Anda digalakkan untuk mengaktifkan/ melanggan Auto Top Up untuk memastikan anda memenuhi komitmen top up bulanan. Jika anda tidak memenuhi komitmen ini, maka risiko anda tidak akan mendapat insentif bulanan. Selain itu, pengiraan semula untuk insentif tidak akan dilayan.

  5. Anda perlu mempunyai minima insentif RM30 baki setelah ditolak jumlah auto top up, caj bank dan penukaran kata laluan untuk layak penolakan Auto Top Up.

  6. Auto Top Up dimasukkan ke nombor telefon semasa anda. Jika anda menukar nombor telefon atau proses pengekalan nombor selepas Auto Top Up diproses, kredit tidak akan dimasukkan ke nombor telefon yang baru. Anda perlu menghantar semula permohonan untuk Auto Top Up.

  7. Pemulangan semula insentif anda TIDAK akan dilayan apabila Auto Top Up anda telah diproses.

  8. Dengan meneruskan, anda setuju dan mengakui Terma & Syarat diatas.


 

 

Perlukan bantuan? Live Chat
Array
(
    [fixed_address] => 
    [regions] => 
)