Profil Syarikat

Bertanggungjawab, dipercayai, konsisten, mampu milik. Ini adalah nilai murni yang penting buat kami di Tone Group.

Dengan penuh harapan, kami telah memulakan syarikat ini pada tahun 2009 untuk memberi servis yang unik dalam industri telekomunikasi. Sasaran kami adalah untuk memberi perkhidmatan telekomunikasi yang teguh dan mesra pengguna dengan harga yang berpatutan. Bersama Tune Talk, kami telah menggabungkan kepakaran dari bidang insuran, servis kewangan dan rangkaian pemasaran bagi mengukuhkan lagi model perniagaan yang membolehkan pengguna untuk mencapai kestabilan kewangan.

Tone Group – kami lain dari yang lain.

Misi

Misi kami adalah untuk menaik taraf pelan telefon mudah alih biasa menjadi sesuatu yang boleh membawa keuntungan kepada semua ahli kami.

Visi

Kami berharap untuk mencapai semua pengguna telefon mudah alih untuk menawarkan peluang menjana pendapatan pasif, dengan harapan kebebasan kewangan dapat dicapai oleh semua – dimana saja anda berada.