Bantuan Khairat Kematian

RM2,000 Faedah Khairat Kematian untuk dituntut oleh waris ahli TONE yang telah meninggal dunia.

Terma & Syarat

Faedah percuma ini tertakluk kepada berikut:

  1. Faedah ini berkuatkuasa dari 1hb Oktober 2019.
  2. Faedah ini adalah tertakluk kepada cooling-off period seperti berikut:
    1. Semua Ahli lama yang didaftarkan sebelum atau pada 31hb Mac 2019 adalah layak untuk menerima faedah ini, tertakluk kepada Terma & Syarat di bawah dan tanpa perlu melalui cooling-off period.
    2. Ahli yang mendaftar pada 1hb April 2019 sehingga 30hb September 2019, perlu membuat top up minima RM30 setiap bulan (termasuk preload) untuk 2 bulan berturut-turut.
    3. Ahli yang mendaftar pada atau selepas 1hb Oktober 2019 perlu membuat top up RM30 setiap bulan (termasuk preload) mengikut kepada:
      1. Pendaftaran BIZ pek: 3 bulan berturut-turut.
      2. Pendaftaran PULL Pek: 4 bulan berturut-turut.
      3. Pendaftaran PUSH Pek: 4 bulan berturut-turut.
      4. Pendaftaran LITE Pek: 6 bulan berturut-turut.
    4. Jika ahli gagal top up semasa tempoh cooling-period tersebut, ahli perlu bermula tempoh cooling-off period semula.
  3. Berikutan tempoh cooling-off period, ahli perlu kekal membuat top up minima RM50 setiap bulanan. Kelayakan faedah bulan semasa adalah berdasarkan kiraan jumlah Top Up pada bulan sebelumnya (contoh: top up RM50 atau lebih pada Oktober untuk layak faedah ini pada bulan November).
  4. Ahli yang mempunyai pelbagai akaun dalam TONE EXCEL, TONE PLUS atau TONE WOW perlu kekal top up RM50 setiap bulan dalam mana-mana satu(1) MSISDN (Nombor Telefon) untuk layak faedah ini.
  5. Ahli-ahli yang mengekalkan Top Up bulanan sebanyak RM30 - RM49.99 masih boleh menikmati faedah ini jumlah faedah sebanyak RM1,000 sahaja.
  6. Kelayakan faedah ini tertakluk kepada ketepatan maklumat peribadi ahli seperti di dalam Kad Pengenalan/Paspot/ID Polis/ID Tentera yang digunakan semasa pendaftaran ahli.
  7. Faedah ini bermula dan berakhir berdasarkan setiap bulan mengikut kalendar. (contoh: 1hb April sehingga 30hb April).
  8. Ahli baru yang mendaftar selepas 30hb September 2019 dan berumur 70 tahun dan keatas tidak layak untuk faedah ini.
  9. Tuntutan ini perlu dibuat dalam masa 90 hari dari tarikh kematian.
  10. Keutamaan adalah diberikan kepada pewaris sebagai penerima / benefisiari. Di dalam keadaan ketiadaan pewaris, penerima yang dinamakan di dalam TGMMS/TWMMS Ahli layak untuk menuntut faedah ini. Semua Ahli adalah dinasihati untuk mengemaskini butiran penerima mereka..
  11. Setiap ahli mengikut (NRIC) hanya layak untuk tuntutan sekali, tanpa mengira bilangan nombor keahlian (samada ahli tersebut dalam program Tone Excel,Tone Plus atau Tone Wow).
  12. Jika maklumat yang diberi adalah palsu, tuntutan tersebut batal dan tidak sah.
  13. Semua Terma dan Syarat lain dikenakan dan Syarikat berhak untuk menukar Terma dan Syarat tanpa sebarang notis.

Proses Tuntutan

Untuk membuat tuntutan, dokumen- dokumen berikut perlu diserahkan:

  1. Borang Pemberitahuan Tuntutan perlu diisi dan ditandatangani.
  2. Salinan Kad Pengenalan atau paspot ahli yang meninggal dunia dan pewaris.
  3. Sijil asal dan salinan kematian.
  4. Salinan laporan polis (jika ada).
  5. Maklumat bank akaun pewaris.